Gambar yang dirakam semalam ini menunjukkan asap tebal yang keluar dari gunung Lokon.
TOMOHON (Indonesia) – Gunung berapi Lokon di Sulawesi Utara mula meletus dan mengeluarkan asap tebal kelmarin.
Pegawai di Bahagian Pengamatan dan Penyelidikan Gunung Api Wilayah Timur, Devy Kamil Syahbana memberitahu, letusan kuat itu menyebabkan gegaran kuat selama beberapa minit.
“Letusan ini disusuli dengan bunyi dentuman kuat yang boleh didengari sejauh lima kilometer,” katanya.
Menurutnya, gunung berapi berkenaan mengeluarkan habuk berwarna kelabu setinggi 1.5 kilometer di udara.
“Bandar terhampir adalah Sam Ratulangi Manado yang terletak 24 kilometer dari utara gunung Lokon.
“Bagaimanapun, tiada laporan abu gunung berapi yang turun di bandar berkenaan,” jelasnya.
Menurutnya, walaupun Lokon meletus dengan kuat, tetapi gunung berapi itu diletakkan pada tahap berjaga-jaga.
“Kami menasihatkan supaya tiada sebarang aktviti dilakukan pada jarak 2.5 kilometer radius dari kawah gunung berapi,” katanya. – Agensi
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"