KUALA LUMPUR: Gara-gara tindakan seorang ibu tunggal yang mencuri sepaket Milo yang beharga RM35.50 beberapa hari lalu, Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga hari dan denda RM200 kepada ibu tunggal berkenaan.Majistret Mohd Rehan Mohd Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu terhadap Sri Mahera Aliyes, 31, selepas tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan kepadanya.
Jika gagal membayar wang denda sebanyak RM200 wanita berkenaan akan berdepan hukuman penjara selama sebulan.Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa telah mencuri sepaket Milo seberat dua kilogram di sebuah pasaraya di Jalan Thambipillay, Brickfields jam 8 malam, 17 Ogos lalu.Beliau telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian editor kami, Kita Bantai Dot Info.
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"