Dalam kejadian itu difahamkan 4 rakyat Malaysia cedera di mana tiga daripada mereka mengalami cedera ringan
MAKKAH: Sekurang-kurangnya 62 jemaah haji terkorban dalam kejadian membabitkan kren terjatuh di Masjidil Haram, Makkah pada jam 4.30 petang (waktu tempatan).
Pihak Berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman twitter mereka berkata, 30 jemaah lain dilaporkan cedera.
Dalam kejadian itu difahamkan empat rakyat Malaysia cedera di mana tiga daripada mereka mengalami cedera ringan manakala seorang patah kaki.
Kren yang digunakan dalam projek pembesaran Masjidil Haram tumbang sebelum menghempap jemaah.
UPDATE:
Makkah: Sekurang-kurangnya 65 terkorban dan 80 cedera setakat 1.30 pagi tadi waktu Malaysia dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, lapor Arab News.
Kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang tadi waktu Arab Saudi dan daripada 80 yang cedera itu, empat daripadanya dipercayai jemaah Haji Malaysia.HM
KEMASKINI;
MAKKAH: Pihak Berkuasa Arab Saudi melalui Unit Pertahanan Awam telah mengesahkan sekurang-kurangnyan 107 orang jemaah haji telah terkorban dalam tragedi kren runtuh di Masjidilharam.
Selain itu dilaporkan kira-kira 238 orang jemaah termasuk enam orang jemaah dari Malaysia mengalami kecederaan.
Kejadian ini berlaku ketika ratusan ribu jemaah haji daripada seluruh dunia sedang berkumpul di kota ini dimana musim haji akan bermula pada 21 September ini.
Sehingga kini pihak kedutaan India, Bangladesh, Pakistan dan Malaysia telah mengesahkan jemaah mereka telah mengalami kecederaan.
Pihak Konsulat Pakistan, Aftab A. Khokher berkata kira-kira 15 orang jemaah mereka telah mengalami kecederaan di mana dua daripadanya kini sedang dirawat di hospital Makkah.
Manakala pihak konsulat India di Arab Saudi, B.S. Mubarak mengesahkan 10 jemaah dari negara mereka mengalami kecederaan dan pihak Konsulat Bangladesh ke Arab Saudi, Shahidul Karim juga mengesahkan 25 jemaah dari negaranya cedera.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman melalui sidang media semalam mengesahkan 6 orang jemaah Malaysia mengalami kecederaan di mana seorang mengalami patah kaki.
Ikuti Sidang Media penuh oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Putera Khaled Al-Faisal, amir Makkah dan juga merupakan penasihat Penjaga Kedua Masjidilharam telah mengarahkan siasatan terperinci dijalankan untuk mengetahui tahap keselamatan di kota Makkah kerana musim haji akan bermula 21 September ini.
Memetik laporan berita Arabnews, sebagai berkata kren yang terletak di Masjidil Haram itu jatuh selepas berlaku ribut pasir dan kemudiannya di susuli dengan hujan lebat pada Jumaat petang.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"