Berikutkan beberapa laporan terbaru jangkitan wabak anjing gila yang berjaya dikesan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah mengisytiharkan tiga buah negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sebagai kawasan jangkitan.
Jika sebelum ini pada 19 Ogos lepas, negeri Perlis menjadi lokasi pertama diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan kini Kedah dan Pulau Pinang pula menjadi kawasan terbaru selepas beberapa laporan diterima mengenai jangkita yang berlaku di dua negeri tersebut.
“Jadi dalam soal ini, kita meminta orang ramai di negeri terbabit untuk berhati-hati. Bagi mereka yang memelihara anjing pastikan anjing mereka berlesen dan sudah mendapat vaksin yang sepatutnya,” katanya.
Beliau memberitahu bahawa kementeriannya kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil langkah sewajarnya seperti menangkap anjing-anjing liar.
"Langkah pengawalan itu perlu dibuat, sama ada anjing yang ditangkap itu perlu dimusnahkan atau tidak, ia terpulang kepada kebijaksanaan pihak terlibat."
Buat masa ini, itu merupakan cara terbaik untuk elak wabak ini daripada terus merebak,"katanya
Sehingga sekarang, seramai 200 kakitangan veterinar telah dikerahkan di seluruh negara untuk membantu mengawal keadaan di tiga negeri berkenaan.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"