Banyak perkara luar biasa terjadi di China. Baru-baru ini, video pasangan ini jadi viral di laman sosial.
Pasangan muda yang tidak diketahui namanya ini, bertengkar di kawasan pusat beli-belah. Lebih parah apabila wanita yang juga teman wanita kepada lelaki tersebut menanggalkan kesemua pakaiannya hingga telanjang bulat.
Punca pertengkaran tersebut adalah kerana teman lelakinya itu tidak mahu membelikan iPhone 6s.
Memang kecoh keadaan disitu dan ramai orang memerhatikan kejadian tersebut. Tidak kurang juga, ramai yang merakam aksi wanita itu.
Hairannya, pasangan tersebut seolah-olah tidak menyedari keadaan sekeliling dan terus bergaduh.
Teman lelakinya itu juga tidak berusaha untuk menutup tubuh teman wanitanya yang sedang bertelanjang bulat.
Lebih memalukan, apabila ada seorang mak cik yang lalu disitu cuba untuk memujuk wanita tersebut memakai pakaiannya semula.
Tidak dapat dipastikan sama ada wanita tersebut berjaya atau tidak mendapatkan telefon pintar idamannya itu. Apa yang pasti, dia pasti malu dengan tindakan tidak bijak tersebut!
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"