Kemalangan yang mengorbankan pemandu treler di Kilometer 431.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur berdekatan Jambatan Sungai Guntong, di sini, awal pagi tadi.
Bukit Beruntung: Bas ekspres bawa 29 penumpang dan treler muatan simen terjunam ke dalam gaung selepas terbabit dalam pelanggaran di Kilometer 431.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur berdekatan Jambatan Sungai Guntong, di sini, awal pagi tadi.
Kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu menyebabkan pemandu treler maut manakala kelindannya parah.
Pemandu bas ekspres serta kanak-kanak berusia tujuh tahun turut cedera namun penumpang lain selamat.
Pegawai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Mahmud Selamat berkata, bomba menerima panggilan pada 3.02 pagi dan segera ke lokasi kejadian.
"Sampai di lokasi kita dapati bas dan lori sudah berada di dalam gaung.
"Pemandu lori tersepit dan berjaya dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia," katanya.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dirawat.HM
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"