Menurut kajian, dikatakan lebih daripada 1 bilion orang mengalami masalah kurang tidur. Salah satu penyebab utamanya adalah ketagih dengan telefon bimbit.
Tidak cukup tidur akan membuatkan anda sakit bukan sahaja dari segi fizikal, malah mental.
Jaga-jaga jika anda kurang tidur kerana 10 perkara bahaya ini akan terjadi pada anda!
Daya tahan tubuh menurun
Tidur adalah salah satu cara untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Jika anda kurnag tidur, anda akan mudah diserang penyakit.
Kesihatan jantung terganggu
Menurut kajian kesihatan, kurang tidur membuatkan kesihatan jantung terancam. Ini kerana tidur jantung tidak mampu mengepam darah dalam jumlah yang normal sehingga menyebabkan penyakit jantung.
Kanser
Kurang tidur meningkatkan risiko diserang penyakit kanser. Ia disebabkan oleh daya tahan tubuh yang lemah sehingga terjadinya pengeluaran sel kanser.
Tak mampu berfikir
Mesti pernah terjadi kan kalau tak cukup tidur. Kurang tidur mampu membuatkan kemampuan otak menurun.
Pelupa
Apabila otak mendapat isyarat dari tubuh bahawa anda kurang tidur, fikiran anda menjadi kusut. Otak tidak mampu menumpukan perhatian dan kurang fokus, kesannya anda menjadi mudah lupa.
Menurunkan kemampuan seksual
Kurang tidur juga boleh menurunkan kemampuan seksual. Kajian mendapati, jika anda tidur selama lima jam atau kurang, hormon seks anda akan menurun sebanyak 10% -15%.
Kenaikan berat badan
Apabila anda tidur kurang dari 5 jam setiap hari, maka akan terjadi kenaikan berat badan mendadak. Tak nak gemuk, dapatkan tidur yang cukup.
Diabetes
Apabila anda kurang tidur, tahap insulin akan meningkat. Dan hasilnya risiko diabetes pun akan meningkat.
Hilang kawalan
Kerana tidur mampu membuatkan anda jadi mudah hilang kawalan. Anda akan mudah terjatuhkan barang atau hilang kawalan semasa memandu.
Menjejaskan kecantikan
Nak cantik dan awet muda? Perlu tidur yang cukup. Bila kurang tidur, muncul garis halus dan kedutan.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"