Tempuhi kehidupan harian dengan penuh cabaran demi sesuap nasi dan menghantar anak ke sekolah, penduduk sebuah perkampungan di Los Pinos, Colombia seharian terpaksa menaiki besi kabel atau dikenali sebagai "Zipline" sebagai medium perhubungan.
Zipline ini seharian digunakan oleh orang ramai untuk mengangkit barang dan juga kanak-kanak untuk kesekolah. Mereka mempunyaii dua pilihan iaitu berjalan kaki selama dua jam menuruni bukit atau menggunakan Zipline ini.
Perkara ini pernah didedahkan dalam satu dokumentari sebuah televisyen antarabangsa pada tahun 2011 lalu dengan kerjasama Sidang Kemuncak Inovasi Dunia bagi Pendidikan (WISE) bagi Pendidikan di mana mereka mendapati sekolah rendah Los Pinos mengalami masalah kehadiran murid.
Ini kerana, setiap kali hujan atau pun cuaca tidak elok, Zipline yang dibina untuk tujuan pembalakan itu tidak dapat digunakan kerana mendatangkan bahaya kepada mereka.
Selepas dokomentari itu, kerajaan Colombia dikatakan telah bersetuju menyediakan perhubungan baru kepada penduduk di kawasan pergunungan ini.
Pada tahun ini, WISE sekali lagi telah kembali ke kawasan berkenaan untuk melihat perkembangan kawasan tersebut, namun ternyata, janji hanya tinggal janji.
Tiada sebarang perubahan yang berlaku kepada mereka, kehidupan mereka masih sama, medium perhubungan yang telah mengorbankan beberapa nyawa itu tetap menjadi pengankutan utama mereka.
Murid-murid terpaksa menempuhi jalan maut itu setiap hari untuk ke sekolah. Namun dengan kedatangan WISE kali ini sungguh penuh bermakna kepada anak-anak kecil di sini kerana WISE telah memperuntukkan dana untuk membina sekolah di perkampungan mereka membuatkan anak-anak kecil di sana tidak lagi perlu menggunakan Zipline ini untuk ke sekolah.
Video di bawah adalah dokumentari kedua yang dihasilkan oleh WISE. -
kredit
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"