 |
gambar HiasaN |
Akibat berang ditegur bapanya kerana berkelakuan tidak senonoh dan sering bergaul dengan lelaki, seorang remaja perempuan nekad membuat laporan palsu mendakwa bapanya memukul serta menyerangnya dengan parang.
Tindakan remaja berusia 16 tahun itu menyebabkan bapanya berusia 40-an ditahan polis untuk siasatan, namun dibebaskan tidak lama kemudian selepas mendapati remaja itu berbohong.
Sumber polis berkata, remaja itu mendakwa bapanya menyerang dia dan rakannya ketika pulang ke rumah di Jalan Datuk Kumbar, di sini, jam 2.30 pagi Selasa lalu.
“Dalam laporan itu kononnya dia bersama rakan lelakinya hampir ditetak bapanya dengan parang selain motosikal milik remaja lelaki itu dibakar.
“Gadis terbabit turut mendakwa dilastik bapanya dengan batu hingga terkena tangan remaja lelaki,” katanya.
Sumber itu berkata, siasatan awal polis mendapati remaja terbabit mendakwa bapanya itu panas baran dan sering memukul dia serta neneknya, selain pernah mengugut membunuh dua beranak itu.
“Remaja terbabit membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga bimbang dirinya dicederakan bapanya pada masa akan datang,” katanya.
Sumber: Harian Metro
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"