KUALA LUMPUR, 29 Okt: Berikutan video samun dalam lif yang viral baru-baru ini, polis telah menahan 7 lelaki dan seorang remaja perempuan di Jalan Ipoh, Taman Setapak dan Ampang.
Kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 33 tahun ditahan berdasarkan maklumat risikan dan laporan dari mangsa.
Memetik sumber Berita Harian berkata, polis menahan empat lelaki dan seorang remaja perempuan 16 tahun di sebuah hotel kira-kira jam 12 tengahhari semalam.
"Susulan penahanan itu, polis menahan tiga lelaki di Taman Setapak Indah dan Ampang, masing-masing berusia 26 tahun, 25 tahun dan 33 tahun," katanya.
Polis turut merampas motosikal model Yamaha 125, telefon bimbit, pedang samurai dan juga pelbagai barang yang digunakan untuk kegiatan jenayah.
Video kejadian ragut yang berlaku pada 17 Oktober lalu menjadi viral di media sosial dimana mangsa, seorang wanita disamun di dalam lif di Prima Setapak.
Mangsa, mengalami kecederaan di dagu dan siku sebelah kiri akibat kejadian.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"