Juba (Sudan Selatan): Sekurang-kurangnya 41 terbunuh, termasuk mereka di dalam pesawat dan krew di darat apabila sebuah pesawat kargo buatan Russia terhempas ketika berlepas dari lapangan terbang di ibu negara Sudan Selatan, hari ini.
Menurut Reuters, seorang anak kapal dan seorang kanak-kanak terselamat dalam nahas itu.
Jurucakap presiden Ateny Wek Ateny berkata, pesawat itu mungkin membawa lebih 20 orang iaitu 10 anak kapal serta 15 penumpang.
Menurutnya, sejumlah krew di darat juga terbunuh dalam kejadian itu.
Seorang pegawai polis berkata, sekurang-kurangnya 41 terbunuh dan seorang saksi memberitahu dia melihat 41 mayat di tempat kejadian.
AFP melaporkan pesawat kargo itu terhempas kira-kira 800 meter dari landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Juba sebaik berlepas menuju Paloch. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90712#sthash.YzHWH6g9.dpuf
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"