Di China, seorang lelaki membunuh diri dua minggu sebelum berlangsungnya perkahwinan, gara-gara tertekan untuk menyediakan wang hantaran kepada keluarga tunangnya.
Xiaolei sudah pun bertunang dengan pilihan hatinya pada Disember tahun lalu. Dia diminta untuk menyediakan 10,000 yuan (RM6,714) kepada keluarga perempuan serta beberapa barangan lain bernilai lebih 30,000 yuan (RM20,144).
Bukan itu je, keluarga tunangnya juga turut meminta wang 20,000 yuan (RM13,429), serta hadiah seperti rokok dan arak sebulan kemudian.
Disebabkan tertekan kerana tidak dapat memenuhi permintaan tersebut, Xiaolei didakwa membunuh diri dengan terjun dari bangunan di sebuah tapak pembinaan tempat dia bekerja di Shanghai.
Memetik laporan media, ibu-bapa Xiaolei menyalahkan keluarga wanita itu yang menjadi punca kematian anak mereka.
“Anaknya itu pernah mengadu terasa terbeban untuk memenuhi permintaan keluarga tunanngya yang dianggap keterlaluan,” katanya
Keluarga Xiaolei menyaman keluarga wanita itu dan meminta supaya mereka memulangkan semula wang serta barangan yang pernah diberikan anaknya itu.
Walau bagaimanapun, mahkamah hanya memerintahkan keluarga terbabit mengembalikan semula wang.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"