Hanya gara-gara membeli alat penguji kehamilan, heboh di media apabila perkara tersebut telah dimanipulasikan kononnya Emma Maembong mengandung.
Namun Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, tidak cepat melatah dan sebaliknya beliau tampil berkongsi perkhabaran gembira kakaknya, Yaya yang kini hamil lima bulan.
Beliau sebenarnya tidak menyangka kerana perkara berkenaan telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak sehingga timbul kontroversi beliau mengandung.
"Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh menjadi hangat secara tiba-tiba kerana ia berlaku lima bulan lalu. Tujuan saya bercerita adalah untuk berkongsi khabar gembira Yaya sudah hamil. Tidak sangka nama saya pula terpalit dengan kontroversi ini.
"Saya memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut supaya perkara ini tidak lagi dipanjangkan dan bagi mengelakkan salah faham. Tidak sangka perkara kecil boleh dimanipulasi oleh sesetengah pihak sehingga timbul cerita saya mengandung pula.
"Perkongsian itu adalah atas dasar perbualan antara saya dan teman media, tidak sangka timbul pula cerita mengenai situasi saya ketika membeli alat menguji kehamilan itu," kata Emma dipetik BH Online.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"