IPOH, 15 Nov: Sebuah pesawat ringan yang membawa empat orang penumpang terhempas di tepi pantai di Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pulau Pangkor hari ini.Pesawat terbabit dipercayai pesawat jenis Piper PA-32.
Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor, Hisham Mohd Noor, panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya pada jam 1.27 tengahhari tadi.Kesemua mangsa selamat namun mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor untuk rawatan."Status kecederaan mereka masih dalam siasatan. Pesawat yang dinaiki mangsa adalah pesawat persendirian," katanya memetik laporan Bernama.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"