KUALA KUBU BHARU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu,
Jashiah Rabu yang masuk hari ke-11, ditingkatkan dengan penggunaan alat mengesan haba badan 'Thermal Camera'. Ketua Balai Kuala Kubu Bharu,
Asisten Superintendan Mohd Razip Md Tahir, berkata penggunaan alat itu mampu mengesan haba badan manusia sejauh 500 meter. "Alat ini dapat mengesan haba dengan efektif dan kita harap ia dapat membantu mengesan Jashiah.
"Ia berfungsi dengan baik kerana kami boleh mengesan manusia dengan jelas terutama pada waktu malam," katanya kepada pemberita di pusat operasi SAR di Kampung Orang Asli Buluh Telur, di sini, sebentar tadi. Razip berkata,
seramai 85 anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan malim gunung terbabit dalam SAR. Katanya,
operasi SAR dibahagi kepada tiga sektor dengan kawasan pencarian meliputi pinggir Bukit Kutu dan kawasan kebun kelapa sawit dengan keluasan tiga kilometer radius.
"Sehingga kini, kami belum mendapat sebarang petunjuk yang positif, namun akan meneruskan operasi ini sehingga Jashiah ditemui," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/94725
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"