 |
Suasana ketika operasi menyelamatkan beruk sebelum beruk itu diserahkan kembali kepada pemiliknya. FOTO ihsan bomba |
BACHOK – Seekor beruk pemanjat pokok kelapa terperangkap di atas pohon itu akibat terikat tali pada pelepah di Kampung Aur, Sungai Dua, di sini, sebelum diselamatkan anggota bomba pagi Rabu.
Pemilik haiwan tersebut menghubungi talian kecemasan sebelum lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bachok diketuai Pegawai Bomba, Mohd. Rozi Ismail melakukan operasi menyelamat.
Tali dan tangga digunakan untuk menyelamatkan haiwan itu yang berada pada ketinggian 18.3 meter (60 kaki) namun operasi menyelamat selesai dalam tempoh 36 minit selepas dimulakan pada 10 pagi.
Haiwan tersebut kemudian diserahkan semula kepada pemiliknya yang tidak pula didedahkan identitinya.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Bazri Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. – myMetro Online
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"