PENYANYI nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjelaskan beliau belum bersedia untuk bercerita mengenai spekulasi kehamilannya seperti mana yang dilaporkan media tempatan.
Sebaliknya, Siti memohon peminatnya mendoakan agar perkhabaran itu menjadi bakal menjadi satu kenyataan kelak.
“Pastinya saya akan berkongsi berita baik. Saya tak akan berselindung apa sahaja berita baik. InsyaAllah,” kata penyanyi kelahiran Pahang ini.
Siti dikhabarkan hamil selepas berkongsi gambar susu kambing yang dikatakan berkhasiat untuk ibu mengandung di laman Instagramnya.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"