Rasanya ramai yang suka makan lewat malam. Apa yang paling menggerunkan ialah badan boleh jadi gemuk. Takutnya!
Tapi, kalau dah lapar gila macam mana? Takkan nak tahan sampai esok pagi?
Jadi, jika anda jenis yang selalu makan lewat malam, tapi takut gemuk, cuba 5 langkah mudah ini.
1. Minum air kosong dulu
Sebelum makan, pastikan anda minum segelas air kosong terlebih dahulu. Ini akan membantu perut anda kenyang serta mengelakkan anda daripada makan berlebihan.
2. Kurangkan nasi
Kalau anda terpaksa mengambil nasi, pilihlah lauk terlebih dahulu seperti sayur, kemudian barulah ambil nasi. Barulah anda tak ambil nasi banyak sangat!
3. Kurangkan menu berat
Bukanlah sampai tak makan malam, tapi cuma perlu kurangkan ambil menu berat seperti makanan tengah hari. Misalnya makan malam diganti dengan sepotong sandwich yang berisi protein dan serat. Okay!
4. Makanan sihat tanpa lemak
Nak diet macam mana pun anda kena pastikan sajian yang diambil mengandungi karbohidrat, protein, dan serat.
5. 2 hingga 3 jam sebelum tidur
Kalau nak lagi bagus, kena ada batas waktu makan malam iaitu dari jam 7 hingga 8 malam. Pastikan 2 hingga 3 jam sebelum tidur. Kalau tak musnah la diet anda!
sumber
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"