Jika rakyat tidak tahan dengan tekanan hidup di bandar akibat harga rumah, hospital, masalah gelandangan, kesesakan jalan raya dan lain-lain lagi, rakyat disarankan supaya membuat "Reverse Migration" iaitu pulang ke kampung tanam jagung dan cili.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata demikian apabila melihat rakyat kini merungut kerana menghadapi tekanan hidup di bandar.
"Jika mereka mahu pulang ke kampung, saya adalah Menteri Kesejahteraan Bandar yang paling gembira di dunia, pulang ke kampung, besarkan anak di sana," katanya.
Menurut beliau, jika diikutkan kampung kini sudah maju kerana mempunyai pelbagai kemudahan seperti jalan yang baik dan 'line' telefon 4G. - sumber
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"