BEIJING: Sekurang-kurangnya 22 orang hilang dalam satu kejadian tanah runtuh besar di taman perindustrian di selatan China yang menimbuskan 22 bangunan pada Ahad, lapor media tempatan.
Terdahulu, dilaporkan seramai 44 orang hilang dalam kejadian itu.
Media melaporkan lebih 1,500 anggota pasukan kecemasan melakukan operasi mencari di lokasi kejadian.
Menurut agensi berita Xinhua, pasukan penyelamat menyelamatkan seramai tujuh orang dengan seorang daripada mereka mengalami kecederaan ringan.
Kira-kira 900 orang telah dipindahkan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku pada pagi, menurut akhbar Shenzen Evening News.
Bulan lalu, satu kejadian tanah runtuh yang melanda kawasan luar bandar di wilayah Zhejiang mengorbankan 38 orang. - AFP
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"