 |
SUNGAI PETANI 01 December 2015. Anggota polis mengangkat mayat dua beradik yang dipercayai dibunuh ibu mereka dalam kejadian bunuh diTaman Wira Indah disini semalam. |
SUNGAI PETANI: Seorang wanita berusia 34 tahun yang mengelar sehingga mati dua anak lelakinya semalam, direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA BERITA PENUH : DUA BERADIK KANAK-KANAK DIPERCAYAI DISEMBELIH IBUNYA
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Izham Ali, di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, pada jam 11 pagi tadi berikutan suspek masih menerima rawatan kerana turut mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mengesahkan perkara itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, suspek dikatakan mengelar dua anak lelaki yang berusia tiga dan lima tahun di kediaman mereka di Taman Wira Indah, di sini.
Sumber: Berita Harian
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"