 |
Jambatan Tun Salahuddin. |
KUCHING: Pengguna yang melalui Jambatan Tun Salahuddin tidak perlu lagi membayar tol bermula 1 Januari depan.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa jambatan yang menyeberangi Sungai Sarawak itu akan diisytihar bebas tol pada tengah malam 31 Disember ini.
"Kami menjangkakan orang ramai berkumpul di sepanjang jambatan tersebut pada 1 Januari untuk meraikan hari di mana laluan tersebut bebas tol," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Rabu.
Pemansuhan tol tersebut merupakan satu daripada beberapa keputusan penting dibuat Adenan sejak beliau mengambil alih jawatan ketua menteri pada tahun Bayaran tol di Jambatan Lanang di Sibu dan Jambatan Asean di Miri turut dihapuskan awal tahun ini.
Adenan memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri berjaya mengadakan rundingan mengenai pemansuhan tol di Jambatan Tun Salahuddin dengan syarikat konsesi tol Zecon Sdn Bhd.
Beliau berkata pemansuhan tol itu tidak melibatkan sebarang bayaran pampasan.
Sumber :
mStar
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"