Shah Alam, 13 Dis: Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata calon-calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di Selangor boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing walaupun esok adalah cuti umum bagi Selangor.
Beliau berkata calon boleh mula mengambil keputusan dari jam 10 pagi.
Tambah beliau juga, Jabatan Pendidikan Selangor sudah memberi arahan kepada Pengetua di semua sekolah yang terlibat dalam PT3 supaya beroperasi seperti biasa.
"Walaupun esok cuti umum, calon boleh mengambil keputusan PT3 di sekolah masing-masing seperti biasa. Sekolah yang terbabit juga akan beroperasi seperti biasa," katanya memetik laporan Harian Metro.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan cuti umum untuk negeri ini berikutan kejayaan pasukan Selangor menjulang Piala Malaysia.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"