STATUS terbaharu seorang pengguna Facebook, Normala Yusoff yang mendakwa satu jenama mi kononnya menggunakan nama ‘Melayu’ tetapi sebenarnya diragui kehalalannya menarik perhatian ramai netizen tempatan.
Menurutnya, jenama ‘Melayu’ itu sebenarnya keluaran sebuah syarikat milik pengusaha Cina dan tahap kualiti pemprosesan mi tersebut diragui berikutan serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Assalamualaikum, jangan beli mi jenama Azam. Syarikat Cina tapi pakai nama Melayu. Pekerja Bangladesh tak pakai sarung tangan dan penutup mulut. Logo halal palsu dan tidak diiktiraf. Member reporter yang beritahu.
“
Tadi dia ikut JAIS sita kilang. Kilang beroperasi di Jalan Baru, Kampung Baru Sungai Buluh,” tulis Normala yang turut menyertakan dua keping gambar hasil operasi serbuan secara mengejut oleh pihak JAIS.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"