 |
Gambar Hiasan |
George Town, 13 Dis - Seorang lelaki bertindak menetak seorang pekerja kontrak warganegara Bangladesh akibat tidak berpuas hati dengan warga asing tersebut yang berkawan dengan ibunya.
Kejadian yang berlaku di Medan Renong di Jalan Tun Syed Barakhbah malam tadi dipercayai berlaku setelah suspek yang juga seorang penganggur tidak berpuas hati dengan mangsa yang intim dengan ibunya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek ditahandi sebuah urmah pangsa di Sungai Pinang kira-kira jam 3.20 pagi tadi.
“Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa yang berusia 45 tahun sedang berada di medan selera berkenaan, sebelum suspek datang dengan membawa parang lalu mengejar mangsa.
“Suspek bertindak memukul dan menetak kepala mangsa dengan parang yang dibawanya, sebelum kejadian berkenaan dileraikan orang ramai,” kata Mior Faridalathrash memetik laporan TheRakyatPost.
Mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan menerima tujuh jahitan akibat kecederaan di kepala.
Faridalathrash juga berkata suspek mempunyai satu rekod jenayah
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"