eorang kanak-kanak berumur 10 tahun mendukung adiknya yang dijangkiti microphely.


BRASILIA - BRAZIL. Statistik terbaru menunjukkan peningkatan bayi dilahirkan berkepala kecil melalui ibu yang dijangkiti virus Zika.

Menurut laporan BBC, terdapat 3,893 kes virus Zika yang menjadi punca utama microcephaly (dilahirkan berkepala kecil) sejak Oktober tahun lepas.

Penyebaran virus Zika yang dibawa oleh nyamuk Aedes adalah yang terbesar dalam sejarah virus tersebut.



Sehingga kini, virus berkenaan sudah menyebabkan kematian lima orang bayi.

Terdapat 44 kematian lain yang kini disiasat samada disebabkan virus Zika atau tidak.

Minggu lepas, Menteri Kesihatan, Marcelo Castro mengumumkan satu kit pengesan virus tersebut sedang dihasilkan.

Beliau juga mengumumkan penyaluran dana tambahan untuk penyelidikan yang akan menghasilkan vaksin virus Zika secepat mungkin.

Satu-satunya cara untuk melawan virus Zika pada masa ini adalah dengan membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes.SN

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"