 |
Gambar Will Smith yang sedang bersalaman dengan peminat dipercayai di pusat beli belah Mid Valley Kuala Lumpur tersebar luas sejak pagi Isnin. |
PETALING JAYA: Bintang terkenal Hollywood iaitu Will Smith dilaporkan berada di Kuala Lumpur namun tujuan lawatan tersebut masih tidak diketahui.
Gambar pelakon berkenaan yang sedang melayan peminat dipercayai di pusat beli belah Mid Valley di ibu negara tersebar luas dan menjadi perbualan hangat di media sosial sejak pagi Isnin.
Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan berhubung bila dan siapa yang mengambil gambar berkenaan.
Dalam pada itu, pelakon Daniel Henney memuat naik gambar di Instagram memberitahu dia akan berlepas ke Kuala Lumpur.
Henney yang juga aktor berasal dari Korea Selatan itu mencipta nama di Hollywood pada 2009 menerusi filem X-Men Origins: Wolverine.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"