 |
Gambar Hiasan |
Terdapat kisah realiti dalam setiap rumah tangga yang sangat menarik yang akan membuatkan anda tidak kering gusi untuk membacanya. Sikap pasangan dikatakan tidak sama selepas beberapa tahun menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri adalah perkara yang sering menjadi topik perbincangan.
Kami kongsikan antara perubahan sikap yang sering terjadi.
Awal Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Jom..dari duduk rumah, bosan plak..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive ke..teksi ke..”
Penghujung Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “apa shopping moping..?..aku lempang kang….”
Awal Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “OK..no problem..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “Awak tak boleh masak ke ?”
Penghujung Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “awak nikah je lah ngan mamak kedai tu…”
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang mengandung..”
Suami : “Abang tak sabar nak lihat anak kita..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Abang tolong buat susu anak..”
Suami : “Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..”
Penghujung Perkahwinan
Isteri : “Cuba awak tegur anak tu sikit..”
Suami : “Haiii..anak awak..memang ikut mak…gerenti bengong nyer…”
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “OK..no problem..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “Saya penat, awak ajelahh yang buat..”
Penghujung Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : ” apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer…saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni….”
Awal Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Apa yang ayang inginkan..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Setiap tahun saya berikan…tak cukup lagi ke ?”
Penghujung Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “lempang nak ?”
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “takpe, biar abang masak..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “masak jer la apa2 jer..”
Penghujung Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : ” bakar je lar dapur tu…”
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"