KES ‘penculikan’ adik Nur Amirah Athirah mengemparkan negara berikutan tersebar audio kononnya memaparkan perbualan cemas mangsa dengan kakak angkatnya ketika berada dalam tahanan Sebelum kantoi dengan drama yang diciptanya sendiri, banyak pihak berasa takut apabila mendengar rakaman audio itu kerana ianya kedengaran ‘real’ tapi alih-alih diakui, sekadar lakonan seorang remaja yang ingin hidup bebas dari keluarganya sahaja.
Sehubungan insiden itu, seorang dubsmasher yang kini semakin dikenali ramai, Nizam Rahman tampil mengajuk perbualan dalam audio tersebut.
Videonya yang cukup sempoi itu menjadi viral dalam sekelip mata malah menghiburkan hati semua orang yang dah kena ‘kencing’ hidup-hidup oleh remaja berkenaan.
Haha! Macam-macam hal.. apa-apa pun fkirkan air muka ibu bapa sebelum buat benda ‘pelik-pelik’ ye.
sumber
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"