Syarikat penerbangan konsep patuh syariah, Rayani Air bercadang untuk melantik Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din sebagai penasihat.Sekiranya veteran PAS itu bersetuju, beliau akan menasihati Rayani Air tentang bagaimana melaksanakan untuk melaksanakan konsep patuh syariah yang sebetulnya mengikut lunas Islam.
"Kami bercadang, apabila beliau sudah cukup rehat, maka kami akan berjumpa dengannya untuk menjadikan beliau sebagai penasihat,""Beliau akan menasihati kami, seperti bagaimana hendak melaksanakan konsep patuh syariah ini, dan ia meliputi segala segi," kata pengarah urusannya Jaafar Zamhari sebagaimana lapor The Malaysia Insider.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"