Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Pengkalan Kota, Lau Keng Ee menggesa sebuah laman web menarik balik laporan yang mendakwa beliau menerima RM200,000 bagi membantu seorang ahli perniagaan mendapat projek perumahan.
Lau, 35, mengancam untuk memfailkan saman fitnah terhadap laman web tersebut jika gagal berbuat demikian selewat-lewatnya Isnin.
Beliau turut menafikan menerima wang berkenaan dan mencabar laman web itu untuk menunjukkan bukti mengenai dakwaan terbabit.
"Jika dakwaan mereka benar, saya mencabar mereka untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap saya," katanya pada Sabtu.
Sementara itu Adun Seri Delima, R.S.N. Rayer yang bertindak sebagai penasihat undang-undang Lau, berkata artikel yang disiarkan pada Jumaat bertujuan untuk memalukan wakil rakyat selama dua penggal tersebut.
Beliau berkata, mereka akan menulis surat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat laman web itu.
Laman web, yang dilihat kerap menyiarkan artikel negatif mengenai kerajaan Pulau Pinang didakwa melaporan bahawa Lau gagal mendapatkan projek untuk seorang ahli perniagaan selepas mengambil rasuah.
Sumber
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"