 |
GAMBAR dan mesej yang viral di laman sosial. |
Sungai Petani: Polis menafikan berlaku kejadian culik di Plaza Tol Gurun di sini, petang tadi seperti diviralkan di laman sosial, sebaliknya pergelutan kecil akibat masalah keluarga.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kejadian berlaku 3.37 petang dan pemantauan pihaknya pada kamera litar tertutup (CCTV) mengesan pemilik kenderaan terbabit.
Katanya, hasil siasatan mendapati kereta terbabit milik lelaki dari Kelantan dan dipandu anak lelakinya bersama menantu berusia 30-an berasal dari Alor Setar, Kedah.
"Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian culik seperti didakwa," katanya.HM
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"