 |
Keadaan satu kenderaan yang rosak teruk akibat dirempuh lori di di parkir pasar awam Taman Berjaya, Nibong Tebal, pagi tadi. |
Nibong Tebal: Berang kerana kenderaan yang diparkir menghalang laluannya, seorang lelaki 30-an merempuh 22 kereta dan dua motosikal yang diletak di parkir pasar awam Taman Berjaya, di sini, pagi tadi.
Menurut sumber, kejadian berlaku jam 8 pagi dan pemandu lori terbabit dikatakan berang kerana kenderaan terbabit menghalang laluannya.
"Siasatan awal mendapati dia memandu lori secara melulu dan merempuh kereta serta motosikal terbabit.
"Pemandu berusia lingkungan 30-an itu kemudian meninggalkan lorinya dan melarikan diri," katanya.
Menurutnya, tujuh kereta rosak teruk dan siasatan lanjut masih dijalankan.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"