 |
Hesty ditahan pihak polis ketika berada di sebuah hotel di Lampung, Indonesia selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran. |
PENYANYI dangdut terkenal Indonesia, Hesty Klepek-Klepek ditahan pihak polis di sebuah hotel di Lampung selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran.
Kapan lagi melaporkan ketika serbuan dibuat polis kira-kira pukul 3 pagi itu, seorang lelaki dipercayai 'bapa ayam' dikenali sebagai Kiki turut berada dalam bilik berkenaan.
Polis turut merampas beberapa barang milik penyanyi lagu
Cintaku Klepek-Klepek itu termasuk kondom dan sejumlah wang tunai.
Terdahulu, media di Indonesia melaporkan Hesty terlibat dalam aktiviti tidak bermoral berkenaan namun disangkal oleh pihak pengurusannya.
Hasil siasatan polis juga membawa kepada penangkapan beberapa 'bapa ayam' lain dan mangsa yang dijadikan pelacur termasuk beberapa gadis bawah umur.
Hesty dan Kiki masih ditahan oleh pihak berkuasa untuk disoal siasat bagi mendapatkan butiran lebih lanjut berhubung kejadian itu.
-mstar
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"