LIMA: Sebanyak 4,500 ubi kentang akan menjalani ujian bagi menentukan sama ada tanaman itu boleh tumbuh di planet Marikh.
Eksperimen perintis itu sedang dijalankan Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) dengan kerjasama Pusat Ubi Kentang Antarabangsa Peru (CIP).
Kesemua ubi kentang yang dipilih datang daripada zon ekologi berbeza dan mampu bertahan dengan perubahan iklim secara tiba-tiba.
Astrobiologist Nasa, Julio Valdivia Silva berkata, ubi kentang yang lulus ujian itu perlu memenuhi kriteria akhir iaitu bukan sahaja mampu tumbuh dengan baik di planet tersebut tetapi boleh dihasilkan semula dalam kuantiti besar.
"Kami hampir 100 peratus pasti bahawa banyak kentang yang dipilih akan lulus ujian disediakan," katanya.
Difahamkan, penyelidikan berkenaan diharap dapat membantu masalah kekurangan makanan, mengurangkan kadar kemiskinan serta mencapai keselamatan makanan pada masa akan datang. - AFP
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"