GEORGE TOWN: Ekoran cuaca panas melampau, semua sekolah di Kedah diarah tutup esok (Khamis), manakala di Perlis tutup selama dua hari bermula Khamis.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu diambil setelah kementerian mendapati suhu di dua negeri berkenaan melebihi 37 darjah Celsius lebih 72 jam akibat cuaca panas dan kering disebabkan fenomena El Nino.
"Cuaca di Kedah dan Perlis dari Isnin hingga Rabu lebih 37 darjah Celsius dan di Perlis hari ini mencecah 38.2 darjah Celsius, manakala Kedah sekitar bawah sikit daripada itu," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang di sini, Rabu.Beliau berkata penutupan sekolah ekoran cuaca panas itu bagaimanapun hanya melibatkan ketidakhadiran murid-murid sahaja, namun proses pengajaran dan pembelajaran tidak perlu diganti."Operasi pentadbiran sekolah juga hendaklah berjalan seperti biasa," katanya.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"