PETALING JAYA: Satu klip video yang menunjukkan seorang wanita memakai tudung menyelamatkan anjing yang tercedera telah tersebar luas di media sosial, dengan netizen memuji usaha murninya itu.Video berdurasi 33 saat itu menunjukkan seorang wanita yang memakai seluar jeans biru, berbaju hitam dan bertudung coklat tunduk untuk mengambil anjing yang terbaring di atas pembahagi jalan.
Video berkenaan dimuat naik ke laman Facebook Malaysia Independent Animal Rescue pada pagi Isnin.Ia dirakamkan oleh seseorang dari dalam sebuah kereta yang melalui kawasan itu.Rakaman itu juga menunjukkan wanita berkenaan mendukung dan membawa anjing tersebut.Bagaimanapun tidak dapat dipastikan mengenai lokasi ia dirakamkan.Video berkenaan menerima lebih daripada 4,500 'likes' dan dikongsi oleh 4,591 pengguna Facebook sejak ia dimuat naik pada 11.20 pagi, Isnin lalu.Ia juga menerima lebih 496 komen yang memuji sikap prihatin wanita berkenaan.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"