Ecuador, 17 Apr - Satu gempa bumi kuat telah menggegar Ecuador hari ini dan telah meragut sekurang-kurangnya 28 nyawa, kata timbalan presiden negara itu, Jorge Glas.Glas menyifatkan kejadian itu sebagai "gempa terkuat yang dialami sejak berdekad-dekad lalu".
Menurut U.S Geological Survey, gempa itu bermagnitud 7.8.Menurut The Associated Press, gempa menyebabkan sebuah jambatan runtuh dan bumbung sebuah pusat membeli-belah runtuh di bandar pelabuhan Guayaquil. Di Manta, lapangan terbang itu ditutup kerana kerosakan kepada menara kawalan.Selain itu, turut dilaporkan beberapa kawasan di Quito kehilangan bekalan kuasa. -
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"