Siri artikel yang diterbitkan oleh portal The Wall Street Journal (WSJ) mengenai skandal kewangan 1MDB berjaya dicalonkan untuk kategori laporan antarabangsa bagi hadiah Pulitzer, kata portal tersebut.
"Liputan kami 'Watergate Malaysia' # 1MDB adalah finalis bagi Hadiah Pulitzer dalam kategori laporan antarabangsa," tulis WSJ dalam tweet pagi ini.
Laman web rasmi Putlizer berkata, WSJ telah mengemukakan siri artikel yang disiarkan antara Julai dan Disember tahun lalu - ditulis oleh Tom Wright, Bradley Hope, Simon Clark, Mia Lamar dan James Hookwood.
Penulis-penulis tersebut diberikan kredit bagi hasil kerja yang disifatkan sebagai "laporan cemerlang dalam mendedahkan korupsi di peringkat tertinggi di demokrasi yang rapuh, membawa kepada Watergate Malaysia", lapor Malaysiakini. - sumber
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"