PRAI: Kakitangan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai, Prof P Ramasamy yang terletak di Taman Chai Leng di sini terkejut selepas terdengar bunyi letupan kuat selepas dibaling bom petrol di hadapan premis berkenaan awal pagi tadi, lapor Berita Harian.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi berkenaan telah dilakukan olek individu tidak dikenali menyebabkan berlaku sedikit kerosakan dibahagian pintu depan premis.
Selepas mendengar bunyi letupan, kakitangan berkenaan telah melakukan pemeriksaan dan mendapati pintu gelungsur di tingkat bawah premis mengalami kebakaran kecil sebelum api dapat dipadamkan.Pihak polis kini sedangkan menjalankan siasatan dengan anggota Unit Forensik masih berada di lokasi ketika ini bagi melakukan siasatan. - sumber
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"