SEBUAH pesawat Air India terhempas apabila kren yang mengangkatnya tumbang.
Portal Mirror melaporkan pesawat Airbus A320 itu sedang dibawa keluar dari Lapangan Terbang Begumpet di Hyderabad menggunakan kren berkenaan ketika kejadian berlaku.
Pesawat tanpa penumpang dan anak kapal itu terhempas dari paras 60 kaki apabila kren yang mengangkatnya tumbang.
Ketika kejadian, pesawat tersebut sedang dibawa ke pusat latihan penerbangan syarikat itu.
Dilaporkan, kren seberat 200 tan itu tumbang ke atas pesawat.
Memetik laporan BBC, tiada kecederaan dalam insiden itu.
Bagaimanapun, kedua-dua pesawat dan kren mengalami kerosakan.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"