Kuala Lumpur: Dianggarkan 25 rumah setinggan di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, Kuala Lumpur, hangus dalam kebakaran, malam tadi.
Kejadian kira-kira 7 malam itu dapat dilihat dari jauh selepas api marak dan asap tebal di lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, sehingga 8.30 malam tadi, operasi pemadaman masih dijalankan.
"Kami mendapat panggilan pada 7.15 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Gombak Selatan, Sri Hartamas, Keramat dan BBP Hang Tuah bergegas ke lokasi.
"Sehingga kini kami masih tidak mendapat jumlah sebenar bilangan rumah yang terbabit kerana keadaan rumah yang begitu rapat," katanya.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"