Sebuah helikopter yang dilaporkan membawa beberapa orang kenamaan telah hilang di Sarawak, dan operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.
Menurut Harian Metro, tidak ada hubungan dengan helikopter tersebut selama tiga jam.
Helikopter itu dalam perjalanan ke Kuching setelah berlepas dari Betong.
Jabatan Penerbangan Awam mengesahkan operasi mencari operasi menyelamat telah dilancarkan, menurut Bernama.
Agensi berita itu melaporkan helikopter berkenaan berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching kira-kira jam 5 petang.
Helikopter Eurocopter AS350 itu dikendalikan sebuah syarikat tempatan.
Polis di Kuching juga dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu tidak lama lagi.
Mengikut maklumat belum disahkan, salah seorang penumpang adalah seorang timbalan menteri dan seorang ketua pengarah agensi kerajaan.
Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata unit khas penyelamat taktikal jabatan itu sedang menunggu pengesahan mengenai lokasi pesawat udara itu hilang.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"