Seremban: Lelaki diserang histeria terjun dalam anak sungai di Kampung Stesen, Kuala Sawah di sini, sebelum diselamatkan bomba, pagi tadi.
Difahamkan, kejadian 7 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 30-an terbabit yang tinggal bersama rakan sekerja tiba-tiba meracau berlari keluar rumah dan cuba terjun ke dalam anak sungai berkenaan.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badroltamam Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada rakan mangsa pada 7.03 pagi dan sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba mangsa sudah terjun ke dalam anak sungai berkenaan dan bomba cuba menenangkan mangsa serta terpaksa bergelut dengan mangsa untuk menyelamatkannya dengan cara mengikatnya.
"Mangsa dibawa naik ke atas dan diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) bagi rawatan lanjut," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/134726?m=1#sthash.AdkVc8tY.dpuf
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"