PETALING JAYA: Tiada rakyat Malaysia dalam pesawat EgyptAir MS804 yang dipercayai terhempas ketika dalam perjalanan dari dari Paris menuju ke Kaherah pada Khamis.
Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada warganegara Malaysia terbabit berdasarkan maklumat rasmi dari syarikat penerbangan tersebut.
"Kementerian Luar Negeri mengesahkan perkara ini dan berharap semua penumpang dan anak kapal EgyptAir MS804 selamat," jelas satu kenyataan pada Khamis.
Pesawat terbabit berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris pada 18 Mei 2016 jam 11.09 malam dan dilaporkan hilang dari radar pada jam 2.45 pagi waktu tempatan setelah masuk ke dalam ruang udara Mesir.
Menurut laporan akhbar Mesir Ahram, tidak ada panggilan kecemasan dari pesawat itu dan panggilan terakhir direkodkan 10 minit sebelum hilang.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"