SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk sos jenama Tabasco merupakan pemegang Sijil Halal Ifanca Amerika Syarikat manakala sos jenama HP pula pemegang Sijil Halal dari Total Halal Correct Netherland.
Menurut Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halalnya, kedua-dua badan pensijilan halal berkenaan diberikan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.
Jakim turut memuat naik sekeping gambar surat yang menggunakan logo Jakim bertarikh 31 Oktober 2011 yang dipercayai sama dengan surat yang tersebar di laman sosial beberapa tahun lalu.
Surat jawapan tersebut ditujukan kepada sebuah pasar raya besar di Malaysia yang mengesahkan kedua produk tersebut haram kerana mengandungi DNA babi oleh Jabatan Kimia Malaysia pada 30 Jun 2011.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"