PETALING JAYA: Pihak berkuasa Filipina sedang mendapatkan pengesahan berhubung laporan penculikan membabitkan empat rakyat Malaysia di luar pantai Sabah dan didakwa dibawa ke Sulu pada pagi Khamis.
ABS-CBN memetik Ketua Polis Tawi-Tawi, Suprintenden Kanan Joselito Salido sebagai berkata, satu kumpulan suspek yang tidak dikenali didakwa membawa tawanan ke pantai Sitankai, Tawi-Tawi sebelum memindahkan mereka ke Sulu.
Stesen radio turut menyatakan bahawa Tentera Filipina Di Barat Mindanao sedang mendapatkan pengesahan berhubung maklumat berkenaan.
Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diperolehi.
Sumber pasukan keselamatan di Sabah berkata, mereka tidak mendengar sebarang berita berhubung perkara tersebut tetapi akan mendapatkan pengesahan dengan rakan sejawat mereka di Filipina sekiranya penculikan itu benar-benar berlaku.
April lalu, kumpulan Abu Sayyaf menculik empat rakyat Malaysia dari Sarawak dari sebuah kapal di pantai timur Sabah.
Keempat-empat mereka yang dijadikan tebusan di Jolo kemudiannya dibebaskan pada minggu lalu.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"