Kuala Lumpur: Seorang Eksekutif sebuah syarikat swasta parah selepas ditembak di Lebuhraya Sungai Besi, Seremban-Kuala Lumpur, di sini, kira-kira 8.40 pagi tadi, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mangsa lelaki berusia 40 tahun telah terkena 5 das tembakan ketika sedang memandu kereta untuk ke tempat kerjanya di Damansara, sebelum didatangi suspek menaiki sebuah motosikal dan melepaskan enam tembakan.
"Akibat daripada tembakan itu dua terkena pada tangan kanan mangsa, dua di leher dan satu di dada," katanya.
Menurut Datuk Amar, motif kejadian masih lagi dalam siasatan di mana polis akan mengambil keterangan mangsa sebaik dia berada dalam keadaan stabil.
Difahamkan lelaki itu kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. -sumber
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"