Hatyai: Pembunuhan rakyat Malaysia, Mohd Nizam Ahmad Basrah, pada awal pagi 16 Mei lalu, di Hatyai dipercayai berpunca rasa tidak puas hati suspek terhadap cara tunggangan motosikal mangsa pada hari kejadian.
Perkara itu didedahkan Penolong Ketua Polis Songkhla Kolonel Chaiwat Nittayavitmol yang berkata, suspek Warawut Muangmin, 25, tidak berpuas hati cara tunggangan motosikal Mohd Nizam lalu menembaknya.
"Motif suspek menembak mangsa kerana motosikal mangsa tiba-tiba memotong motosikal dinaikinya bersama rakan, menyebabkannya terkejut dan marah dengan kejadian itu lalu melepaskan tembakan terhadap mangsa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya, Warawut berasal dari Hatyai adalah penjual alat binaan dan ditahan dalam sebuah van disewanya di Jalan Tak-Lampan ketika cuba melarikan diri daripada buruan polis.
Pada 16 Mei lalu, Mohd Nizam yang berasal dari Pulau Pinang ditembak mati ketika sedang menunggang motosikal seorang diri ke sebuah hotel di Hatyai kira-kira 3.30 pagi.
Chaiwat berkata, polis sedang memburu rakan Warawut yang menunggang motosikal bersamanya.
Menutnya, polis menemu bual beberapa saksi serta melihat rakaman CCTV sebelum dapat menahan Warawut.
-Bernama
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"