KUALA KANGSAR- Ceramah Pakatan Harapan di Parlimen Kuala Kangsar malam ini dikejutkan dengan 'ketibaan' sebuah replika jet yang dibawa ketika ucapan, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
'Jet' itu tiba tatkala Rafizi baru memulakan ceramahnya yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) di Jalan Daeng Silili, Kuala Kangsar malam tadi.
"Sila beri laluan, jet nak turun," demikian tutur Rafizi ketika mengumumkan ketibaan 'jet' tersebut.
Sementera itu, Rafizi ketika berbicara mengenai jet itu berkata, ia simbolik kepada kesusahan yang dihadapi oleh rakyat sekarang ini.
"Rakyat dikenakan pelbagai tekanan, tetapi ada pemimpin yang hidup dalam keadaan 'gembira,"katanya.
Ceramah tersebut turut dihadiri oleh pimpinan Amanah, antaranya Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, dan pimpinan kanan Amanah yang lain.
-sinar
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"